Arkib Berita Rasmi SMKSA-IPOH

Selamat datang ke Arkib Berita Rasmi SMK Seri Ampang. Teruskan membaca untuk mengetahui perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang musim persekolahan tahun ini.

Capaian Khas

Thursday, July 23, 2009

Pelancaran Minggu Membaca dan Minggu Bahasa



Pada hari Isnin, 13 Julai 2009, Sekolah Menengah Seri Ampang Ipoh Perak, telah melancarkan Minggu Membaca dan Minggu Bahasa yang bertemakan ‘BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA’. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.10 pagi.

Majlis pelancaran minggu membaca dan minggu bahasa dimulakan dengan ucapan pengerusi iaitu Puan Asiah bt. Moin dan diikuti dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Ampang, Tuan Haji Muhammad Nawawi b. Yaakob.

Setelah selesai ucapan perasmian, saudari Farah Adilla bt. Rahman dari tingkatan 4 Sains 2 telah membicarakan buku yang telah dibaca. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang mengamalkan budaya membaca walau di mana mereka berada. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang banyak membaca berkongsi ilmu dengan rakan-rakan mereka dan mewujudkan golongan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam semua bidang mencakupi bidang teknologi, politik, ekonomi, dan sosial.

Pelaksanaan program ini bermula 13 Julai 2009 sehingga 10 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti bakal dijalankan sempena minggu membaca dan minggu bahasa ini. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah ‘Pertandingan Sudut Bacaan Kelas, ‘Word Spree’, ‘Kuiz Bestari’, ‘Pertandingan Ulat Buku’, ‘Pertandingan Bercerita’, ‘Pertandingan Pidato’, ‘Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Cina’, ‘Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Tamil’, ‘Pertandingan Penghasilan Fail Tegak’, ‘Pertandingan Penulisan Khat Bahasa Arab’ dan ‘Pertandingan Penghasilan Folio’.

Majlis pelancaran ini diadakan secara sederhana. Diharap minggu membaca dan minggu bahasa ini menjadi pendorong kepada pelajar SMK Seri Ampang agar lebih cemerlang pada masa akan datang.














1 comment:

  1. salam. saya mewakili asiah bt yaacob, UM 1985-1988, kolej ketiga, berharap pihak sekolah dapat menghubungi saya kerana puan asiah yaacob, ibu saudara saya, berharap dapat berhubung semula dengan puan asiah moin, rakan se-UM dahulu. email saya: farihah.ahmad@gmail.com

    terima kasih.

    ReplyDelete