Arkib Berita Rasmi SMKSA-IPOH

Selamat datang ke Arkib Berita Rasmi SMK Seri Ampang. Teruskan membaca untuk mengetahui perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang musim persekolahan tahun ini.

Capaian Khas

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil-Adha & Selamat Menduduki Peperiksaan SPM / STPM

Kami di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua warga SMK Seri Ampang serta kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Tidak lupa juga kepada Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan juga Tingkatan 6, Selamat Menduduki Peperiksaan SPM / STPM.

'We Wish You All The Best'

Wednesday, October 21, 2009

Laporan Majlis Perpisahan Mantan Pengetua, Tuan Haji Muhammda Nawawi

Pada tanggal 8 September 2009, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan mantan pengetua SMKSA, Tuan Haji Muhammad Nawawi yang akan bertukar ke Sekolah Menengah Anderson. Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku ikuti dengan lagu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dipengerusikan oleh Puan Asiah bt.Moin ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaki untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar , saudara Muzaffar Muhaimin b.Sharjudeen dari kelas 4 Sains 2. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha mantan pengetua telah disentuh. Beliau telah mentadbir SMKSA terutama dalam mengekalkan keceriaan sekolah di samping memastikan sekolah kekal di dalam prestasi yang terbaik dalam bidang kokurikulum. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah. Seterusnya, En. Zulkifly b.Ahmad mewakili pihak pentadbir memberikan ucapan. Dalam ucapannya tersebut, sikap mantan pengetua yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta sikapnya yang mudah menerima teguran dari piha bawahan menjadikannya lebih mudah didekati.

Kehadiran tetamu-tetamu jemputan juga telah menyerikan majlis pada hari tersebut. Yang Dipertua PIBG, En. Saipul Bahrin turut menyampaikan ucapan.Beliau menyentuh perkara yang berkaitan dengan Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun berjaya menyelami masalah membelenggu ibu bapa disamping dapat mendengar luahan mereka mengenai pihak sekolah. Akhir sekali, mantan pengetua SMKSA dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Walaupun hanya tiga tahun mentadbir SMKSA tetapi pelbagai perkara telah dijalankan untuk kebaikan warga sekolah.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Bagi memulakan upacara penyampaian hadiah, wakil pelajar iaitu saudara Muzaffar Muhaimin b. Sharjudeen dijemput untuk menyampaikan bagi pihak Badan Kepimpinan Pengawas diikuti oleh En. Zulkifly b. Ahmad bagi pihak guru, En. Saipul Bahrin bagi pihak PIBG, En. Ariff Shah bagi kelab Pembimbing Rakan Sebaya juga Muhammad Solehin dan Nur Qistina bagi Badan Organisasi Bilik Darjah. Pada jam 9.00 pagi majlis diakhiri dengan upacara memohon restu oleh para pelajar lelaki sebelum mantan pengetua melangkah kaki keluar dari sekolah.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis.

SMKSA, IPOH -Pada bulan Ogos yang lepas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh telah kehilangan empat orang guru yang ditukarkan ke sekolah-sekolah lain kerana dinaikkan pangkat.


Puan Hajah Rodziah bt Ramli merupakan Guru Kanan Kemanusiaan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Beliau telah dinaikkan pangkat pada tahun ini sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya, Ipoh.




Encik Khairuddin b. Saeran merupakan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Beliau telah dinaikkan pangkat pada tahun ini sebagai Penolong Kanan Petang di Sekolah Menengah Megat Khas.






Puan Azarina bt. Alias merupakan Guru Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Bainun.



Encik Zaini b. Mushman merupakan Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Beliau mengajar subjek Rekacipta Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dan Prinsip Akaun Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Vokasional dan Teknik di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai, Ipoh.



Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh telah menerima tiga orang guru baru dari beberapa buah sekolah lain. Mereka telah menggantikan tugas beberapa guru terbabit yang
telah dinaikkan pangkat.



Encik Ahmad Fauzi b. Rozali telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh sebagai Penolong Kanan Kokurikulum kerana dinaikkan pangkat. Beliau telah mengantikan tugas Encik Khairuddin b. Saeran yang ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Khas.



Puan Anne Swintha A/p Raja Ratnam telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh sebagai Guru Kanan Bahasa kerana dinaikkan pangkat. Beliau menggantikan Puan Azarian bt. Alias yang ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Bainun mengajar subjek Bahasa Inggeris Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Empat.


Ustaz Bahari b. Hassan telah ditukarkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin baki, Chemor ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Kemanusiaan. Beliau menggantikan tugas Puan Hajah Rodziah bt. Ramli yang ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya, Ipoh. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.


Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh juga telah menerima dua orang guru bagi kelas hidayah iaitu, Puan Jamaliah bt Ismail dan Puan Izzlin Hani bt. Mohammad Mokhtar.

Disediakan Oleh:
Farah Adilah Rahmandin
Ahmad Nuri Syafiq



Friday, September 11, 2009

Salam Perpisahan Daripada Kami di SMKSA-IPOH

Manusia datang & pergi, tidak kira usia, tempat & juga masa. Tapi hakikatnya, kita kehilangan ramai guru yang penuh dedikasi terhadap pelajar-pelajar serta seorang Tuan Pengetua yang berkaliber dalam mentadbir sekolah serta mendidik anak-anak warisan bangsa.

Sumbangan ikhlas mereka amat dihargai oleh warga sekolah & ketiadaan mereka di sini, kini dirasai semua. Kenangan bersama mereka tidak akan dilupakan dalam benak hati warga sekolah. Semoga mereka semua terus berjaya dalam kehidupan masing-masing tidak kira dimana jua mereka kini berada.

"Terima Kasih Cikgu"


Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. & Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan.

Kepada semua warga SMKSA-Ipoh yang beragama Islam, Kelab Invision-Tech mengucapkan selamat menyambut bulan puasa, 'Ramadhan Al-Mubarak'. Semoga bulan ini penuh berkat dan dicucuri rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam kesempatan ini, pihak kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga SMKSA-Ipoh dalam ujian / peperiksaan yang bakal tiba.

Friday, August 14, 2009

Kibarkanlah 'Jalur Gemilang'

Kini, Ogos sudah menghampiri titik pertengahan bagi bulannya. Namun begitu, didapati tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengibarkan 'Jalur Gemilang', jalur kebanggaan kita. Di manakah letaknya semangat patriotisme kita terhadap tanah air tercinta?

Kita harus sedar bahawa betapa pentingnya bendera tersebut kepada kita. Simboliknya, 'Jalur Gemilang' melambangkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara. Ia juga melambangkan kemerdekaan yang dikecapi bersama kini dengan pengorbanan parajurit-parajurit negara lebih 52 tahun yang lalu. Oleh itu, marilah kita menghargai pengorbanan mereka dan meneruskan usaha mengekalkan keamanan di Malaysia.

Sebagai sumber inspirasi sila rujuk artikel ini : Cintai Bendera Kebangsaan, Kibarkan Jalur Gemilang.

Friday, August 7, 2009

Bulan Kemerdekaan

Sempena Bulan Kemerdekaan, SMKSA-Ipoh akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan untuk memarakkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar. Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti nyanyian lagu patriotik setiap pagi, menghasilkan banner kemerdekaan, dendangan puisi & sajak serta pelbagai lagi.

Marilah kita sama-sama menunjukkan semangat patriotik kepada tanah air tercinta dengan mengibarkan 'Jalur Gemilang' dan merenung kembali betapa bertuahnya kita hidup dalam negara multi-nasional yang aman sejahtera dan makmur. Sama-sama kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wira-wirawati negara kita yang sanggup berkorban nyawa & tenaga demi maruah & kebebasan negara kita.

Selamat menyambut 'Bulan Kemerdekaan' daripada SMKSA-Ipoh.

Friday, July 31, 2009

Pencapaian Anugerah Cemerlang Sempena Hari Kokurikulum

Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Kebangsaan, SMK Seri Ampang, Ipoh akan mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun, sama ada dari segi akademik ataupun kokurikulum. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar bagi membina jati diri dan menjadi modal insan yang berguna kelak.

Majlis akan diadakan awal pagi di Dewan SMKSA, Ipoh pada 1 Ogos 209 bersamaan 10 Syaaban 1430. Terdapat jualan aneka makanan oleh para pelajar serta aktiviti yang menarik sepanjang hari tersebut untuk para tetamu seperti pertunjukan tarian tradisional, persembahan puisi dan lagu dan sebagainya.

Oleh itu, para pengunjung dan ibubapa dialu-alukan datang untuk menyertai program-program yang sedia ada serta menikmati juadah istimewa dari gerai-gerai. Jumpa di sana.

Thursday, July 23, 2009

Pelancaran Minggu Membaca dan Minggu Bahasa



Pada hari Isnin, 13 Julai 2009, Sekolah Menengah Seri Ampang Ipoh Perak, telah melancarkan Minggu Membaca dan Minggu Bahasa yang bertemakan ‘BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA’. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.10 pagi.

Majlis pelancaran minggu membaca dan minggu bahasa dimulakan dengan ucapan pengerusi iaitu Puan Asiah bt. Moin dan diikuti dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Ampang, Tuan Haji Muhammad Nawawi b. Yaakob.

Setelah selesai ucapan perasmian, saudari Farah Adilla bt. Rahman dari tingkatan 4 Sains 2 telah membicarakan buku yang telah dibaca. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang mengamalkan budaya membaca walau di mana mereka berada. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang banyak membaca berkongsi ilmu dengan rakan-rakan mereka dan mewujudkan golongan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam semua bidang mencakupi bidang teknologi, politik, ekonomi, dan sosial.

Pelaksanaan program ini bermula 13 Julai 2009 sehingga 10 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti bakal dijalankan sempena minggu membaca dan minggu bahasa ini. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah ‘Pertandingan Sudut Bacaan Kelas, ‘Word Spree’, ‘Kuiz Bestari’, ‘Pertandingan Ulat Buku’, ‘Pertandingan Bercerita’, ‘Pertandingan Pidato’, ‘Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Cina’, ‘Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Tamil’, ‘Pertandingan Penghasilan Fail Tegak’, ‘Pertandingan Penulisan Khat Bahasa Arab’ dan ‘Pertandingan Penghasilan Folio’.

Majlis pelancaran ini diadakan secara sederhana. Diharap minggu membaca dan minggu bahasa ini menjadi pendorong kepada pelajar SMK Seri Ampang agar lebih cemerlang pada masa akan datang.














Wednesday, July 22, 2009

Bantuan Mengendalikan Blog Berita SMKSA-Ipoh~

Warga SMKSA-Ipoh kini boleh memohon menjadi penulis (author) bagi menyampaikan berita melalui blog ini. Jika terdapat wakil daripada organisasi, persatuan atau pun kelab di SMK Seri Ampang yang ingin menyumbangkan berita kejayaan atau pun sebarang pengumumman, mereka digalakkan mendaftarkan Nama/ID melalui komen dalam artikel ini.

*Laman Website Rasmi SMKSA-Ipoh dalam keadaan beta lagi / separuh siap. Diharap para pengguna memberi pandangan & penilaian bagi memperbaiki laman web tersebut.*

Sekian...