Arkib Berita Rasmi SMKSA-IPOH

Selamat datang ke Arkib Berita Rasmi SMK Seri Ampang. Teruskan membaca untuk mengetahui perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang musim persekolahan tahun ini.

Capaian Khas

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. & Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan.

Kepada semua warga SMKSA-Ipoh yang beragama Islam, Kelab Invision-Tech mengucapkan selamat menyambut bulan puasa, 'Ramadhan Al-Mubarak'. Semoga bulan ini penuh berkat dan dicucuri rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam kesempatan ini, pihak kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga SMKSA-Ipoh dalam ujian / peperiksaan yang bakal tiba.

Friday, August 14, 2009

Kibarkanlah 'Jalur Gemilang'

Kini, Ogos sudah menghampiri titik pertengahan bagi bulannya. Namun begitu, didapati tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengibarkan 'Jalur Gemilang', jalur kebanggaan kita. Di manakah letaknya semangat patriotisme kita terhadap tanah air tercinta?

Kita harus sedar bahawa betapa pentingnya bendera tersebut kepada kita. Simboliknya, 'Jalur Gemilang' melambangkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara. Ia juga melambangkan kemerdekaan yang dikecapi bersama kini dengan pengorbanan parajurit-parajurit negara lebih 52 tahun yang lalu. Oleh itu, marilah kita menghargai pengorbanan mereka dan meneruskan usaha mengekalkan keamanan di Malaysia.

Sebagai sumber inspirasi sila rujuk artikel ini : Cintai Bendera Kebangsaan, Kibarkan Jalur Gemilang.

Friday, August 7, 2009

Bulan Kemerdekaan

Sempena Bulan Kemerdekaan, SMKSA-Ipoh akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan untuk memarakkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar. Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti nyanyian lagu patriotik setiap pagi, menghasilkan banner kemerdekaan, dendangan puisi & sajak serta pelbagai lagi.

Marilah kita sama-sama menunjukkan semangat patriotik kepada tanah air tercinta dengan mengibarkan 'Jalur Gemilang' dan merenung kembali betapa bertuahnya kita hidup dalam negara multi-nasional yang aman sejahtera dan makmur. Sama-sama kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wira-wirawati negara kita yang sanggup berkorban nyawa & tenaga demi maruah & kebebasan negara kita.

Selamat menyambut 'Bulan Kemerdekaan' daripada SMKSA-Ipoh.