Arkib Berita Rasmi SMKSA-IPOH

Selamat datang ke Arkib Berita Rasmi SMK Seri Ampang. Teruskan membaca untuk mengetahui perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang musim persekolahan tahun ini.

Capaian Khas

Wednesday, October 21, 2009

Laporan Majlis Perpisahan Mantan Pengetua, Tuan Haji Muhammda Nawawi

Pada tanggal 8 September 2009, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan mantan pengetua SMKSA, Tuan Haji Muhammad Nawawi yang akan bertukar ke Sekolah Menengah Anderson. Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku ikuti dengan lagu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dipengerusikan oleh Puan Asiah bt.Moin ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaki untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar , saudara Muzaffar Muhaimin b.Sharjudeen dari kelas 4 Sains 2. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha mantan pengetua telah disentuh. Beliau telah mentadbir SMKSA terutama dalam mengekalkan keceriaan sekolah di samping memastikan sekolah kekal di dalam prestasi yang terbaik dalam bidang kokurikulum. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah. Seterusnya, En. Zulkifly b.Ahmad mewakili pihak pentadbir memberikan ucapan. Dalam ucapannya tersebut, sikap mantan pengetua yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta sikapnya yang mudah menerima teguran dari piha bawahan menjadikannya lebih mudah didekati.

Kehadiran tetamu-tetamu jemputan juga telah menyerikan majlis pada hari tersebut. Yang Dipertua PIBG, En. Saipul Bahrin turut menyampaikan ucapan.Beliau menyentuh perkara yang berkaitan dengan Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun berjaya menyelami masalah membelenggu ibu bapa disamping dapat mendengar luahan mereka mengenai pihak sekolah. Akhir sekali, mantan pengetua SMKSA dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Walaupun hanya tiga tahun mentadbir SMKSA tetapi pelbagai perkara telah dijalankan untuk kebaikan warga sekolah.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Bagi memulakan upacara penyampaian hadiah, wakil pelajar iaitu saudara Muzaffar Muhaimin b. Sharjudeen dijemput untuk menyampaikan bagi pihak Badan Kepimpinan Pengawas diikuti oleh En. Zulkifly b. Ahmad bagi pihak guru, En. Saipul Bahrin bagi pihak PIBG, En. Ariff Shah bagi kelab Pembimbing Rakan Sebaya juga Muhammad Solehin dan Nur Qistina bagi Badan Organisasi Bilik Darjah. Pada jam 9.00 pagi majlis diakhiri dengan upacara memohon restu oleh para pelajar lelaki sebelum mantan pengetua melangkah kaki keluar dari sekolah.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis.

No comments:

Post a Comment