Arkib Berita Rasmi SMKSA-IPOH

Selamat datang ke Arkib Berita Rasmi SMK Seri Ampang. Teruskan membaca untuk mengetahui perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang musim persekolahan tahun ini.

Capaian Khas

Friday, July 31, 2009

Pencapaian Anugerah Cemerlang Sempena Hari Kokurikulum

Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Kebangsaan, SMK Seri Ampang, Ipoh akan mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun, sama ada dari segi akademik ataupun kokurikulum. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar bagi membina jati diri dan menjadi modal insan yang berguna kelak.

Majlis akan diadakan awal pagi di Dewan SMKSA, Ipoh pada 1 Ogos 209 bersamaan 10 Syaaban 1430. Terdapat jualan aneka makanan oleh para pelajar serta aktiviti yang menarik sepanjang hari tersebut untuk para tetamu seperti pertunjukan tarian tradisional, persembahan puisi dan lagu dan sebagainya.

Oleh itu, para pengunjung dan ibubapa dialu-alukan datang untuk menyertai program-program yang sedia ada serta menikmati juadah istimewa dari gerai-gerai. Jumpa di sana.

Thursday, July 23, 2009

Pelancaran Minggu Membaca dan Minggu Bahasa



Pada hari Isnin, 13 Julai 2009, Sekolah Menengah Seri Ampang Ipoh Perak, telah melancarkan Minggu Membaca dan Minggu Bahasa yang bertemakan ‘BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA’. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.10 pagi.

Majlis pelancaran minggu membaca dan minggu bahasa dimulakan dengan ucapan pengerusi iaitu Puan Asiah bt. Moin dan diikuti dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Ampang, Tuan Haji Muhammad Nawawi b. Yaakob.

Setelah selesai ucapan perasmian, saudari Farah Adilla bt. Rahman dari tingkatan 4 Sains 2 telah membicarakan buku yang telah dibaca. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang mengamalkan budaya membaca walau di mana mereka berada. Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang banyak membaca berkongsi ilmu dengan rakan-rakan mereka dan mewujudkan golongan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam semua bidang mencakupi bidang teknologi, politik, ekonomi, dan sosial.

Pelaksanaan program ini bermula 13 Julai 2009 sehingga 10 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti bakal dijalankan sempena minggu membaca dan minggu bahasa ini. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah ‘Pertandingan Sudut Bacaan Kelas, ‘Word Spree’, ‘Kuiz Bestari’, ‘Pertandingan Ulat Buku’, ‘Pertandingan Bercerita’, ‘Pertandingan Pidato’, ‘Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Cina’, ‘Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Tamil’, ‘Pertandingan Penghasilan Fail Tegak’, ‘Pertandingan Penulisan Khat Bahasa Arab’ dan ‘Pertandingan Penghasilan Folio’.

Majlis pelancaran ini diadakan secara sederhana. Diharap minggu membaca dan minggu bahasa ini menjadi pendorong kepada pelajar SMK Seri Ampang agar lebih cemerlang pada masa akan datang.














Wednesday, July 22, 2009

Bantuan Mengendalikan Blog Berita SMKSA-Ipoh~

Warga SMKSA-Ipoh kini boleh memohon menjadi penulis (author) bagi menyampaikan berita melalui blog ini. Jika terdapat wakil daripada organisasi, persatuan atau pun kelab di SMK Seri Ampang yang ingin menyumbangkan berita kejayaan atau pun sebarang pengumumman, mereka digalakkan mendaftarkan Nama/ID melalui komen dalam artikel ini.

*Laman Website Rasmi SMKSA-Ipoh dalam keadaan beta lagi / separuh siap. Diharap para pengguna memberi pandangan & penilaian bagi memperbaiki laman web tersebut.*

Sekian...

Monday, July 6, 2009

SMKSA-Ipoh Official Website & Forum Launched!!!~

Selepas mendapat 'Green-Light' daripada Tuan Pengetua SMK Seri Ampang Ipoh, Tuan Haji Muhammad Nawawi Bin Yaakob, akhirya dapat kami siapkan laman web rasmi serta forum SMKSA-Ipoh.

Laman Web Rasmi Smksa-Ipoh


Forum Sekolah

Sehubungan dengan pelancaran ini, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu bagi menjayakan projek kecil ini. Jika ada sebarang masalah ataupun keraguan sila hubungi kami di Pusat Akses SMK Seri Ampang Ipoh.